Wednesday, April 18, 2018

Simple Grilled Salmon


Sesekali layan menu western sikit.....hidangan ala-ala restoran mahal2 kononnya....hehhehe. Kalau orang tengok macam mewahnya makanan dia...tapi sebenarnya entah beberapa tahun dulu last makan ikan salmon ni. dan hidangan banyak tu makan satu family....bila bahagikan kosnya tak sampai 10 ringgit sorang saya belanja untuk ikan tu.... Itu la untungnya masak sendiri kat rumah....sesekali boleh makan mewah sikit tapi tak keluarkan belanja besar macam makan kat restoran atau hotel.


Simple jer resepi grilled salmon ni...jom cikedot...

Ikan salmon
gaulkan dengan sedikit lada hitam (kalau boleh yang kita kisar sendiri daripada peppercorn atau biji lada hitam tu yer), garam secukup rasa dan minyak zaiton.

Bakar atas pan hingga berubah warna camtu atau hingga masak. Hidang dengan hirisan lemon sebab salmon ni rasanya lemak2 gitew, bila makan kita perah lemon memang marveles.

Cadangan hidangan

Selain makan gitew dengan fresh salad, sedap juga kalau hidangkan dengan nasi mentega bawang putih.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...