Wednesday, April 18, 2018

Roti Jala


Kisah weekend lepas. Sempat siapkan 3 1/2 adunan roti jala ni. Rupa tak cantik sangat la tapi sedap apa....cicah kari ayam. Resepinya saya intai kat azie kitchen.

Roti Jala

Bahan bahan:
3 cawan tepung gandum
2 1/2 sb minyak masak
1 sk garam
1 biji telur
3 cawan air/santan/susu segar
Sedikit serbuk kunyit

Cara-cara:

Blendkan semua bahan di atas hingga sebati. Kalau nak tahu adunan dah boleh dijala atau belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.

Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.

Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kuah ayam masak kari. Sesuai untuk open house sebab walaupun sampai ke petang roti jala tu tetap lembut seperti baru dimasak. Cubalah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...