Wednesday, April 18, 2018

Pasta Bolognese


Sambil masak cabonara sambil siapkan bolognese.....semua puas hati......takyah gado2 sapa nak pilih apa...dua2 ummi layanzzz

Pasta Bolognese

Kuah bolognese ala ZLC

http://zulfadreamland.blogspot.my

2 sb serbuk cili
4 kg tomato - kisar
1 tin tomato puree (optional - saya letak untuk dapatkan warna sos yang lebih merah)- kali ni tak letak
2 biji bawang holand cincang
1 labu bawang putih ketuk atau cincang
2 kg daging cincang
2 sb lada hitam
2 sb oregano
2 sb basil
10 helai daun bay
2 sb pasley
Garam dan gula secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menumis

Cadangan Sayuran (Ikut selera) (kali ni tak letak apa pun)

1 batang lobak merah potong kiub
3 batang celery - potong kecil
1 biji cili benggala potong kecil
2 tin cendawan butang @ 3 paket cendawan butang segar - hiris


Tumiskan bawang dan bawang putih hingga layu dan naik bau. Masukkan cili kisar. Tumis lagi hingga pecah minyak. Masukkan daging. Tumis hingga air daging kering.

Masukkan tomato kisar dan puree. Biarkan mendidih. Masukkan bahan2 lain kecuali cili. Masak hingga sayur empuk dan rasa masin dan manisnya. Akhir sekali masukkan cili benggala. Kacau sebati dan tutup api.

Cara hidangan

Pasta yang direbus empuk
Parutan cheese (optional)
Ambil sedikit pasta dan masukkan ke dlm pinggan. Tuang kuah di atasnya. Parutkan cheese di atas kuah.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...