Wednesday, April 18, 2018

Karipap inti sardin


Lama tak buat dan dah lama juga simpan angan nak buat. Tetiba ada pulak permintaan untuk karipap sardin yang berjerawat batu ni....hehehehe....bukan la sengaja sangat nak bagi dia berjerawat macam salah guna produk kecantikan jer....tapi sebab entah la kenapa dia nak berjerawat. Tak kisah lakan....berjerawat camni pun katanya sedap....


Karipap inti sardin ZLC

Untuk inti

Bahan2nya

1 tin besar sardin/mackerel ditos sosnya dan dibuang tulangnya (tinggalkan sos dalam 1 sb jer)
2 biji bawang besar (kuning) dicincang
15 biji cili api dihiris halus (kalau nak lagi pedas ble tambah)
1 sk garam/secukup rasa

------------------------
Hancurkan ikan.
Gaul dengan bawang, cili dan garam hingga rata.
Dah boleh guna....

Doh karipap

1 kg tepung gandum
1 cawan minyak masak/butter yang dipanaskan
400 ml air sejuk/air ais
2 sk garam

Cara2

Masukkan tepung dalam bekas.
Masukkan garam.
Lubangkan tengahnya tapi jangan sampai nampak dasar.
Tuangkan minyak panas. Gaul rata - gunala senduk atau sudu, jangan guna tangan sebab panas.
Masukkan air dan uli hingga sebati.
Perap 1 jam dan uli lagi sekejap dan bolehlah mula mengelim karipap.

(Boleh guna acuan karipap untuk mendapatkan bentuk dan saiz yg standard kemudian klemkan semula secara manual supaya tak pecah)

Untuk simpan frozen samada bakar sekejap kat dalam oven atau goreng sekejap, sejukkan dan simpan dalam freezer.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...