Wednesday, February 21, 2018

Roti kastard tanpa Oven (Custard bread without Oven)


Pertama kali melihat kejadian roti ni di Fb dah buat saya rasa teruja sangat nak mencubanya. Macam senang dan cepat proses memasaknya. Bakar atas pan dengan api kecil....tutup....biarkan seketika...terbalikkan....tutup pan....biarkan sekejap...dah masak.

Saya bakar roti ni dalam magic pan...tu yg permukaannya bergaris2.

Roti ni agak popular di negeri jiran kita Indonesia. Intinya boleh dipelbagaikan....nak letak keju....kaya....coklat....atau jem kesukaan pun boleh. Kalau suka versi spicy, boleh letak inti ayam...daging...cendawan...terpulang citarasa.


Untuk doh, saya guna resepi biasa all in one.
Resepi jannah kelab roti yg saya oleh sedikit.

Roti kastard pan tanpa Oven
Custard bread without Oven

Bahan A:

Tepung gandum- 400 gram
Tepung wholemeal - 100 gm
Gula kasar- 80 gram
Garam- 6 gram
Yis- 8 gram
Bread Improver- 5 gram
Mentega - 55 gram

Bahan B:

Telur- 1 biji gred C
Ais Kiub- 100 gram
Air biasa- 140 gram

Cara untuk uli menggunakan mixer:

1) Timbang bahan B dan masukkan ke dalam bowl.

2) Timbang bahan A dan masukkan ke dalam B.

3) Putar menggunakan mixer dengan menggunakan speed rendah dahulu sehingga sebati. Saya guna breadmaker.

4) Kemudian boleh tukar ke speed medium. Putar sehingga doh elastik iaitu doh licin, berkilat dan tarik tidak putus.

Nak uli guna tangan pun boleh. Satukan semua bahan. Uli sehingga doh tak melekat dan licin.

[ Cara untuk membuat roti kastard pan tanpa oven)

1) Bahagikan doh ikut citarasa

2) Bulatkan dan leperkan. Letak inti kastard dan lipat dua. Pastikan inti tak terkeluar.  Letak atas tray yang di tabur sedikit tepung agar doh tidak melekat di tray.

3) Perap sehingga naik dua kali ganda. Angkat doh dengan sudip yg dioles sedikit minyak dan letaklan di atas pan yg telah dipanaskkan dengan api kecil.

4) Tutup pan dan biarkan doh masak selama 5 - 10 minit. Terbalikkan doh supaya masak sekata. (Saya guna magic pan, agak2 5 minit saya terbalikkan jer pan).

RESEPI INTI KASTARD

Bahan-bahan :
1/2 cawan tepung jagung
2 sb tepung kastard
1 1/2 cawan susu segar
2 biji telur
1 sk esen vanila
Gula secukup rasa
1/2 sk garam

Cara-cara :
Satukan semua bahan di dalam periuk, kacau dengan api sederhana sehingga masak, likat & meletup-letup (mendidih).
Inti boleh digunakan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...