Saturday, February 3, 2018

Mee kari makcu sedap banget


Ini cerita weekend lepas. Akhir2 ni dalam kepala asyik nak makan mee dan keturunannya jer....kalau boleh nak yang jenis berkuah2. Bulan mengidam tau....teringin jew..


Usaha la buat mee kari ni weekend lepas....stok udang dan sotong yang dibeli dari pasar stadium ahad lepas ada lagi. Bahan2 lain minta hubby tolong carikan kat kedai acheh jer. Resepi memang guna yang sering kali saya gunakan untuk hidangan mee kari ni. Cukup sifatnya dan sedap sangat pada saya dan keluarga.


Mee Kari Makcu

Untuk kuahnya

Bahan-bahannya

1 1/2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
1 inci halia
segenggam ikan bilis
3 sb serbuk kari daging
2 sb serbuk kari ikan
4 sb cili boh
1/2 cwn air asam jawa pekat
3 liter santan dari 2 biji kelapa
Air secukupnya
sotong, kerang, udang, fish ball da fish cake
Garam secukup rasa
1 sedikit gula melaka (optional)
3 batang serai dititik
4 tangkai daun kari
Minyak untuk menumis.

----

Kisar bawang besar, bawang putih, halia dan ikan bilis hingga hancur.

Panaskan minyak. Tumis serai dan daun kari seketika. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga naik bau.

Masukkan serbuk kari dan tumis hingga garing/pecah minyak. Masukkan air asam dan kacau rata. Kemudian masukkan santan, garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih.

Masukkan sotong, udang, kerang, fish cake dan fish ball. Masakkan 5 minit sebelum tutup api. Hidangkan bersama bahan pelengkap di bawah.

---------------------
Bahan pelengkap

1 kg mee kuning di celur
1 kg laksa di celur
Tauge/sawi/kacang panjang dicelur
Bawang goreng
Cili dihiris nipis
Tauhu goreng
Daun sup dan daun bawang
Daun pudina
Limau nipis/kasturi
Cili jeruk
Bawang goreng

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...