Sunday, February 18, 2018

Nasi mentega bawang putih rangup


Crunchy garlic butter rice.....nasi mentega bawang putih rangup menu makan tengahari tadi. Hidnagan pelengkap ayam panggang dangegelang bawang rangup. Nasi ni sangat mudah disediakan dan aroma serta rasanya sungguh enak.


Crunchy garlic butter rice (nasi mentega bawang putih rangup)

3 cawan nasi dimasak seperti biasa dengan garam secukup rasa (boleh guna beras basmathi atau beras biasa)

2 sb mentega
5 sb minyak masak
Garam secukup rasa
1 labu bawang putih - cincang atau hiris nipis

Panaskan mentega dan minyak. Goreng bawang putih hingga keperangan. Tapis bawang putih goreng dan toskan minyaknya. Tuang minyak goreng tadi ke dalam periuk nasi yang telah dimasak. Kareh/gaul rata nasi. Hidangkan dan tabur bawang putih goreng.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...