Wednesday, February 21, 2018

CHURROS


Dah lama tertangguh nak buat churros untuk minum petang. Selalunya sampai rumah dah rasa tak nak buat apa2 lagi.....nak baring golek2 jer. Kalau tak pun bila dah start masak lauk atau siapkan tempahan dah tak larat nak menchurros lagi. Tapi akhirnya berbekalkan semangan yang kental, churros ni akhirnya jadi kenyataan.



CHURROS

Bahan-bahan nya

  • 1 cawan air
  • 100 gm mentega
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 biji telur
  • minyak untuk menggoreng
  • secukupnya gula kastor
  • sedikit serbuk kayu manis
  • Untuk yang suka coklat boleh lah  masak coklat bersama dengan susu segar sampai cair dan boleh lah dicicah dengan churros ni
Cara membuatnya
  • Masukan air didalam periuk dan masukan mentega, biarkan sehingga mendidih dan mentega menjadi cair
  • Masukan  tepung sedikit demi sedikit yang telah di campurkan dengan garam, dan kacau rata supaya ia nya tidak berketul dan bila tepung sudah tidak melekat di kuali boleh lah ditutup api dan biarkan sejuk
  • Bila dah betul-betul sejuk baru masukan telur * jangan masukan telur ketika adunan masih panas nanti telur akan masak dan churros ni tak kan mengembang
  • Kak noor putar dengan mixer sehingga sebati selepas masuk sebiji telur, kemudian tambah lagi satu biji telur dan putar lagi sehingga betul-betul rata.
  • Panaskan minyak,kemudian masukan adunan dalam beg piping yang ber nozel bintang.
  • Paipkan kedalam minyak panas dan gorenglah sehingga kekuningan,angkat dan toskan terpulang pada selera masing2 samaada nak bergula atau bercoklat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...