Wednesday, February 21, 2018

Ayam goreng bersalut masam manis


Salah satu lauk pauk yang sempat dimasak untuk makanan anak2 bila ummi outstation. Jenuh memikirkan menu yang paling sesuai dan suka dimakan anak2. Ayam jadi slaah satu pilihan. Saya guna filet ayam bahagian dada. Masakan tak berkuah....mudah disediakan.


Filet ayam goreng bersalut masam manis

3 keping dada ayam dihiris nipis
3/4  cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
1 sk serbuk lada hitam
1 sk serbuk paprika
1 sk garam
1 sk baking powder
1 biji telur
1/2 - 3/4 cawan air (tambah air sedikit2 - adunan tepung tidal terlalu pekat atau cair)

Satukan semua bahan dan gaul rata. Perap 1/2 jam sebelum digoreng garing.

Sos masam manis

4 sb cili kering kisar
6 sb sos tomato
4 sb sos cili
4 sb sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
6 ulas bawah putih hiris
4 inci hali hiris
2 biji bawang besar hiris
Minyak untuk menumis
Cili benggala
Lobak merah
Bunga kobis
2 biji tomato - potong kiub

Tumis bawang2 dan halia hingga naik bau dan keperangan. Masukkan cili kisat dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan sos. Kacau sebati. Tambah sedikit air jika perlu. Biarkan merenih seketika.

Masukkan sayuran. Masak hingga sayuran empuk. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masukkan ayam dan gaul rata.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...