Pages

Thursday, January 4, 2018

Pulut Kuning


Menu nasi kembung pagi ni....dengan kari ayam kerisik.....member opis minta tolong buatkan utk sempurnakan niat bila anaknya khatam hafaz juzuk ke 29..... Napa namanya nasi kembung...hahhaha...si kecik bagi nama bila dia  jengok ke dapur tengok.....wowww.....nasi kembungggg....tergelak besar ummi ayah dengar...

Hai anak.....apa yg dia nampak dengan mata kasar itulah yg diterjemahkan dengan kata2....


Pulut Kuning

1 kg beras pulut - basuh dan rendam dengan serbuk kunyit selama 3 - 4 jam atau semalaman (kalau guna pulut susu rendam sejam jer)
2 cawan santan pekat (dari sebiji kelapa) atau lebih ikut lembut pulut
Garam secukup rasa

Kukus beras pulut hingga masak. (Alas loyang dengan daun pisang atau pandan untuk mendapatkan pulut yang harum).

Tuangkan pulut yg dikukus ke dalam besen atau dulang. Arun pulut dengan santan pekat yang telah dimasukkan garam secukup rasa. (Tuang santan sedikit demi sedikit ke atas pulut sambil di kacau rata hingga pulut lembut dan berkilat). Kukus sebentar pulut yang siap di arun supaya tidak cepat basi.


No comments:

Post a Comment