Saturday, September 2, 2017

Kuaw Tiaw Goreng


Sarapan pagi raya haji....simple dan segera kekdah pembikinannya. Sebelum ke surau untuk rewang dan solat raya....sempat sediakan sarapan ringkas ni untuk tetamu yang ada di rumah.


Kuay tiaw goreng xpress. Guna paste char kuay tiaw yang saya buat dua tiga hari lepas menggunakan resepi di LINK INI. Dengan paste char kuay tiaw ni memang memudahkan kerja menyediakan sarapan pagi ni dan hasilnya sedap sekali.


Kuay tiay goreng

4 paket kuay tiaw
2 senduk paste char kuay tiaw (Resepi klik di sini)
1 biji bawang besar - hiris
Udang atau perencah pilihan
Sayuran pilihan (sawi, kobis, lobak merah dll)
Minyak untuk menumis

Panaskan minyak. Masukkan bawang dan tumis hingga keperangan. Masukkan pes dan tumis seketika. Masukkan udang atau lain2 perencah pilihan. Gaul rata. Biarkan seketika. Kemudian masukkan kuay tiaw. Gaul hingga paste sekata dengan kuay tiay. Kacau hingga paste meresap dan akhir sekali masukkan sayuran. Masak hingga sayuran layu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...