Saturday, August 12, 2017

Tomyam Putih Ala Thai


Plan nak masak tomyam tapi pes dah habis....jadi keputusannya masih masak tomyam cuma buat tomyam putih jer la...sedap...harum baunya. Lagi sihat....bahan semua fresh.


Tomyam putih Ala Thai
http://zulfadreamland.blogspot.my

1 kg udang
4 inci lengkuas - hiris nipis
3 biji bawang besar - hiris bulat atau belah 4
8 batang serai
10 helai daun limau purut
Perahan 2 biji lemon
Cili padi secukupnya - ketuk
Hirisan daun ketumbar
Air
4 sb sos ikan - nampla
Garam dan gula secukup rasa
Sayuran pilihan (lobak merah, celeri, bunga kobis, tomato, cendawan dll yg sesuai)

Satukan semua bahan kecuali udang dan daun ketumbar. Masak hingga mendidih.
Masukkan udang. Masak hingga udang berubah warna dan sup mendidih. Tutup api. Taburkan hirisan daun ketumbar. Hidangkan.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...