Saturday, August 5, 2017

Sagu Gula Melaka

Potluck @ office yesterday. Sago gula melaka....sedap nyaman. 🎢🎢🎢Tak enak dimakan begitu saja πŸŽ΅πŸŽ΅πŸŽ΅πŸŽ΅πŸŽ΅πŸŽ΅....sebab makannya kena lengkap dengan air gula melaka dan santan atau susu cair....baru ada umppphhhh. Tambah2 kalau sejuk.....perrghhhhh.


Sagu gula melaka
Http://zulfadreamland.blogspot.my

Bahan2nya

2 cawan santan pekat (dinginkan) (boleh guna santan kotak atau susu cair)
1 cawan air gula melaka (gula melaka dimasak dengan air dan daun pandan simpul) - dinginkan

2 cawan sagu
4 liter air


CARA MEMBUATNYA :-)

 Didih 4 liter air, kemudian masukkan biji sago, masak dengan api sederhana sambil dikacau selalu. Masak hingga biji sago kembang dan jernih (tiada lagi biji2 sago bewarna putih). Tapis dan bilas bawah air paip untuk membuang kanji sago.

Kemudian masukkan ke dalam acuan kegemaran atau bekas besar. Isi penuh2, buat hingga siap dan simpan dalam peti sejuk hingga sago kental (kurang lebih 30 minit).

Untuk menikmatinya, keluarkan dari acuan (longgarkan tepi2nya dengan hujung pisau) dan letak dalam mangkuk sesuai. Tuang santan  dan curah air gula melaka secukupnya atas sago.........sedap dimakan sejuk...



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...