Saturday, August 12, 2017

Pankek mayonis


Menu pankek semalam. Abis satu adunan untuk sarapan dan bekal anakanda berempat. Lama dah tak buat jadi masing2 makan dua tiga keping. Ada pulak maple syrup dan chocolate syrup jadi pelengkap...memang makin selera la diorg.


Pankek mayonis @ ZLC
http://zulfadreamland.blogspot.my

BAHAN-BAHANNYA :-)

1 1/2 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
3 biji telur gred C
3 sb gula halus
3 sb minyak zaiton atau minyak masak
2 sb mayonis
1 cawan susu segar
1 camca teh esen vanilla
Secubit garam halus
Mentega dan madu/maple syrup untuk dimakan bersama pancake

CARA MEMBUATNYA :-)

Satukan semua bahan dan kacau guna whisker hingga rata dan adunan licin.

Panaskan non-stick frying pan pada api sederhana. Lenser dengan sedikit minyak menggunakan paper towel bersih yang dicelup sedikit minyak.(saya tak letak minyak)

Sudukan anggaran 3 1/2 camca besar adunan tadi. Ratakan.
Tutup pan tadi dengan tudung periuk sekejap. Bila permukaan pancake berbuih2 dan kelihatan agak kering, perlahan2 terbalikkan.

Masak lagi untuk 1 minit. Alih dalam bekas sesuai dan buat kaedah yang sama untuk baki adunan. Hidangkan bersama mentega dan curahan madu atau maple syrup.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...