Saturday, August 12, 2017

Mee Jawa Dendam Arora

Request dari adinda...minta kelanda buatkan mee rebus macam kekanda buat masa raya aritu...sedap bebeno katanya.. Kekanda ni pulak biasala....masak apa yang dia teringin nak masak. Hehehe......takkan nak masak benda sama dan post kat belog ni siaran ulangan sokmo.


Jadi apa yang kekanda buat ialah masakkan mee jawa pulok....tapi alahhhh..
Lebih kurang jer si jawa ngan si rebus nih....sijawa ni beza skit jer lebih kurang....ada rempah kari....tumis dulu dan letak santan....mee rebus saya pulok lebur jer semua bahan....talde tumis2...takde santan.....takde kari.

Satu lagi mee jawa biasanya dihidang dengan kerepek rangup tapi saya tak larat nak buat...migrain dah dua hari. Macam tak lengkap hidangan mee jawa tanpa keropok tu tapi apakan daya....memang kederat dan masa takde.


Sumber resepi mee jawa ni abang mamak aji....bukan abang jawa tau....hikhikhik. Saya olah sedikit cara penyediaannya.

Mee Jawa Dendam Arora
http://zulfadreamland.blogspot.my

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:

1 Kg. Mee Kuning.
1 kg udang kapas.
1 kg ubi keledek dikupas kulit, dipotong, rebus dan lenyek.
50 gm. gula melaka/ gula merah.
200 gm taugeh.
2 cawan santan.
1/2 cawan minyak untuk menumis.
2 sudu besar tepung jagung utk dipekatkan kuah
3 liter air
2 sudu besar rempah kari daging.
Garam secukup rasa.

Bahan-Bahan Perencah kisaran Untuk Kuah:

3 batang serai dihiris
15 biji bawang merah (bawang kecil)
6 biji ulas bawang putih
4 inci lengkuas
2 inci halia
15 tangkai cili kering direbus
3 sb rempah kari daging
Sedikit air asam jawa.


Bahan-Bahan untuk Hiasan:

5 keping tauhu digoreng dan dipotong dadu.
6 biji cili hijau dhiris.
5 biji cili merah dihiris.
10 biji limau kasturi dibelah dua
6 biji telur direbus, dikopek kulit dan dibelah dua.
Fish ball, fish cake celur - potong kecil
1/2 cawan bawang goreng
1 cawan daun bawang dan daun sup dihiris.
Sawi celur
1 cawan daun salad bunga dihiris.

CARA-CARA MENYEDIAKAN:

Bersihkan udang, goreng udang sehingga kulitnya menjadi merah. Kopek kulitnya. Kemudian rebus kulit udang dengan air 2 liter air secara reneh. Sejukkan.  Kisar kulit dan kepala udang dengan air rebusan sehingga halus dan tapis airnya. Air ini kita gunakan untuk membuat kuah.

Kisar halus semua perencah kuah dan jadikan pes. Panaskan minyak dan goreng pes perencah sehingga baunya naik dan pecah minyak. Masukkan air rebusan udang tadi. Masukkan keledek lenyek dan kacau sehingga sebati dgn kuah.

Masukkan serbuk rempah kari dan santan. Kacau kuahnya. Biar kuah mendidih. Bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan masukkan ke dalam periuk kuah bersama isi udang. kacau sebati. Jika anda ingin kuah pekat, boleh tambah tepung jagung.

Tambah garam secukup rasa. Kuah anda telah siap.

Celurkan mee anda dalam air panas selama 3-5 minit.  Toskan mee dan tambah sedikit minyak masak supaya mee and nampak segar dan tak melekat. Kita kena tambah minyak kerana kita akan hidangkan secara berasingan. Hidangan mee serta bahan hiasan di atas mee jawa anda.

Selamat mencuba.


RESEPI KEREPEK :

Mee Jawa ini tanpa kerepek seperti tidak ada yang kena, dengan itu Mamak Haji tambah resepi ini untuk cuba sama-sama.

Bahan-Bahan:

250gm tepung beras
1 sudu besar (tbsp) tepung ubi kayu (topiaca flour)
Minyak untuk goreng.

Bahan-Bahan Perencah untuk dikisar:

5 ulas bawang putih
5 biji buah keras
1 sudu kecil (tsp) serbuk ketumbar, biji ketumbar digoreng kering dan ditumbuk/ kisar kasar.
1 biji telur
250 ml santan cair
Garam secukup rasa.

CARA MENYEDIAKAN:

Sebatikan tepung beras dan tepung ubi dengan bahan kisaran. Cairkan  tepung tadi dengan tambahan 250ml santan cair, supaya terbentuk tepung yang cair dan sesuai untuk dituang ditepi kuali.Panaskan minyak, bila minyak panas cukup, ambil sesenduk tepung cair dan tuangkan dikeliling gigi minyak ditepi kuali. Bila warnanya tukar keemasan kuning , kupil tepung itu dengan perlahan dan biarkan ia terapung ke tengah kuali. Bila cukup garing, keluarkan dan diletakkan ke atas kertas tuala dapur (paper towel) untuk menyerap minyak.

Patahkan saiz yg dikehendaki dan taburkan ke atas  hidangan mee jawa anda. Ia memberi kelazatan yang istimewa pada hidangan mee jawa anda.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...