Wednesday, August 2, 2017

Dried Cranberries Muffin


Demam muffin bulan kemerdekaan...hahaha...berturut2 post resepi muffin. Entahla....seronok pulak buat muffin dua tiga hari ni...bukan apa...suka tengok kejadiannya yang boleh dikategorikan sebagai cemerlang ni.

Buat senang sangat....satukan bahan kacau kejap dengan whisk....dah siap adun. Muffin yg sgt moist dan lembut gebu gebas ni rugi gak la kalau tak cuba.... Tak percaya?????.... cubala.


Dried Cranberries Muffins
Muffin cranberi kering
http://www.zulfadreamland.blogspot.my

Bahan A

1 biji telur
1/2 cawan minyak sayuran (@ mentega cair)
11/4 cawan susu segar
1 sudu kecil esen vanilla

Bahan B

2 cawan tepung gandum
3 sudu kecil baking powder
1 cawan gula (saya kurang dalam 1 sb)
secubit garam

Bahan C

1 cawan cranberi kering

Cara-caranya

Panaskan oven pada suhu 180c-190c.

Ayak Bahan B dan satukan 1/2 cawan cranberi dalam mangkuk.

Masukkan bahan A dan kacau rata hingga kesemuanya sebati menggunakan whisk.

Tuangkan adunan ke dalam muffin cup 3/4 penuh. Taburkan baki cramberi .

Bakar selama 15-20 minit atau hingga kekuning-kuningan. (bergantung pada oven masing-masing)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...