Sunday, July 9, 2017

Nasi Tomato


Ceritera semalam. Jiran tempah untuk open house. Kelam kabut juga semalam sebab hubby bertugas sampai tengahari. Camna pun Alhamdulillah....siap tepat pada masanya. 100 paxs nasi tomato sampai ke destinasi...(taman sebelah jer).


NASI TOMATO @ ZLC

6 cawan beras - cuci dan toskan
1 biji tomato - cincang
4 biji tomato kisar
1 tin kecil tomato puree
2 sb minyak sapi
5 sb minyak
Garam secukup rasa
Air (untuk basmathi pusa cream dalam 6 1/2 cawan)
daun pandan disimpul

bahan tumis

3 ulas bawang putih - kisar
5 ulas bawang merah - kisar
1 inci halia - kisar
3 biji Buah pelaga
3 biji Bunga cengkih
1 inci Kulit kayu manis
2 kuntum Bunga lawang
1 sk serbuk ketumbar
1/4 sk serbuk lada hitam

1. Tumis rempah bahan tumis dengan minyak dan minyak sapi hingga kuning dan naik bau.
2. Masukkan tomato kisar dan puree, garam,  gaul rata. Tambah air dan biarkan mendidih.
3. Masukkan beras & daun pandan dan masak biarkan sampai airnya kering. Kacau sesekali.
4. Apabila nasi telah kering, taburkan tomato cincang. Tutup periuk dan biarkan tanak sepenuhnya dalam 5 - 7 minit. Tutup api dan biarkan selamat 5 - 10 minit sebelum kareh rata.
5. Boleh dihidangkan bersana lauk ayam masak merah dan dalca atau kerabu timun.


AYAM MASAK MERAH

Bahan A

1 1/2 ekor ayam - potong sederhana
1 labu bawang besar ~ potong gelang atau potong baji
2 sudu makan sos tomato

Minyak masak secukupnya
garam dan gula secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit

Bahan B

15 tangkai cili kering Kisar
2 inc halia ~ kisar
3 ulas bawang putih ~ kisar
1 labu bawang besar ~ kisar
2 batang serai ~ kisar

3 tangkai daun kari
4 biji tomato ~ potong baji
1 batang kulit kayu manis
6 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
6 kuntum bunga cengkih

Ayam cuci bersih. Kemudian gaulkan dengan garam dan kunyit dan goreng sehingga masak, jangan garing sangat. angkat dan ketepikan

Panaskan minyak dalam kuali. Tumis rempah tumis dan bahan yang dikisar, daun kari hingga garing, pecah minyak dan harum. Masukkan sos dan kacau sebati.

Masukkan ayam, bawang besar, garam dan gula secukup rasa. Gaulkan sehingga sebati. Hidangkan bersama nasi tomato atau nasi lain yang sesuai.


Resepi pecuk/jelatah

1 biji timun dipotong kecil
1 biji nenas dipotong kecil
1 biji bawah besar hiris
1 biji cili merah hiris
Cuka, gula dan garam secukup rasa

Satukan dan gaul rata.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...