Wednesday, July 5, 2017

Mansaf: Jordanian Lamb, Yogurt and Rice Pilaf


Hidangan berbuka puasa tajaan bersama kelab badminton Kariah Surau Luqman dan beberapa penyumbang lain....nasi arab kambing.

Tak sempat nak mengayakan gambar dan plattingnya....Alhamdulillah....diterima tekak walau pun nasinya sedikit (ye ke sedikit) lembik...tersalah sukat airnya. Adehhhh.


Untuk penyediaan nasi ni saya merujuk kepada beberapa sumber seperti Jordanian Mansaf @
http://www.food.com/recipe/jordanian-mansaf-484562, Mansaf: Jordanian Lamb, Yogurt and Rice Pilaf @ https://blog.arousingappetites.com/mansaf-jordanian-yogurt-meat-rice-pilaf/ dan JORDANIAN MANSAF @ http://olivesandlucinda.com/jordanian-mansaf/ serta beberapa sumber lain untuk memastikan hasilnya lebih authentic dan tersangatlahhhh lazat. First time nak cuba....tak pernah makan pun jadi tawakkal kena kuat....hahahha.

Masak pun idok le ikut cara ni 100% sebab masak kat surau....ketuhar pun takde. Lamb pun tak sempat nak marinate....sos yogurt tu pun tak buat....saya masukkan sekali, kira macam kuah la kekdahnya.

Mansaf: Jordanian Lamb, Yogurt and Rice Pilaf

Bahan-bahannya

2.5 kg  lamb shoulder dan lamb (potong kiub besar)
* ½ sk serbuk kunyit
* ½ sk serbuk kulit kayu manis
* ¼ sk bunga cengkih
* ½ sk serbuk jintan putih
* 2 sk serbuk buah pelaga
* 2 sb  rempah baharat (arabic mix spice)
500 ml natural yogurt
2 biji jus lemon
½ cawan light olive oil
20 gm mentega
200 gm bawang besar – buang kulit
3  helai daun bay/salam
Garan secukup rasa
Serbuk lada hitam secukup rasa
½ cawan sliced slivered almonds
½ cawan pine nuts
½ cawan parsley – cincang halus (ada resepi yang menggunakan daun ketumbar)

Untuk nasi

3 cawan beras basmathi (basuh, rendam 1/2 jam dengan sedikit garam dan toskan)
50 gm mentega
½ sk serbuk kunyit
½ cawan kismis (golden sultanas)
3 3/4 cawan air (ikut jenis beras)

Untuk hidangan

4 keping sherak (thin Arabic bread - roti pita nipis)


Perap kambing dengan * dan 200 ml yogur dan 1 biji jus lemon, garam dan lada hitam secukupnya semalaman. Simpan di dalam bekas bertutup didalam peti sejuk (chiller).

Keluarkan lamb. Panaskan 20 gm mentega dan 3 sb minyak zaiton, gorengkan lamb (until browned untuk sealed lamb tersebut) dengan api kuat, sedikit2 dan balikkan supaya masaknya rata. Sementara itu panaskan ketuhar suhu 170 celcius.

Susun lamb ke dalam loyang pembakar bersama bawang dan daun bay. Tuangkan 500 ml air ke dalam bekas marinate tadi dan bersihkan mangkuk tersebut dengan air. Tuang air marinate ke dalam loyang. Tutup loyang dengan aluminium foil. Masak lamb dalam ketuhar selama 2 jam (tempoh membakar kena tengok saiz potongan lamb juga. (saya masak dalam periuk atas api jer sebab masak banyak untuk 150 org makan).

Semasa proses membakar tu, buka foil dan terbalikkan lamb, tengok jumlah cecair tambah 150 ml air lagi supaya cecairnya tak kering.

Bila lamb dah hampir masak, boleh la sediakan nasi.

Basuh beras, rendam dan toskan. Goreng badam dan pine nuts dengan 1/2 cawan minyak zaiton hingga garing. Toskan. Panaskan 50 gm mentega dan minyak zaiton yang digunakan untuk goreng kekacang tadi dalam periuk. Masukkan beras, 1/2 sk kunyit dan kismis. kacau rata. masukkan air dan biarkan mendidih. Kacau sesekali. Kecilkan api bila air hampir kering dan tutup periuk rapat2. Biarkan masak selama 5 - 7 minit. Tutup api dan biarkan selama 5 - 10 minit sebelum kareh rata.

Keluarkan lamb dari ketuhar. asingkkan kambing dengan baki jusnya. Campurkan baki jus lemon dan yogurt ke dalam 3-4 sb jus kambing tadi dan gaul rata, panaskan sedikit sos yogurt ini (jangan sampai mendidih!!!!).

Susun Sherak bread di dalam talam (atau bekas hidangan). Tuangkan nasi di atasnya. Lubangkan tengah2 timbunan nasi tadi dan susun lamb. Tuangkan sos yogurt suam keatasnya diikuti kekacang dan hirisan daun parsley.

Ikut tradisi orang yang masak mansaf ni tak boleh makan sama-sama dengan tetamu. Dia kena pusing2 tambahkan sos yogurt untuk tetamu. Kalau tetamu vip dia kena bagi sos lebih gitew. Tapi adat kat malaysia tak macam tu.....duduk jer makan sekali ngan tetamu....sos extra tu masukkan jer dalam mangkuk....letak sudu....pandai2 le sapa2 yang nak amik sendiri....lapar kot...dah penat seharian masak mansaf...nak tunggu tetamu habis makan mau habis nasi ngan kambing tu dikerjakan....hahahahha.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...