Sunday, July 9, 2017

Ikan masak cuka


Masak lauk faveret untuk dinner isnin lepas. Lambat update sebab hp rosak....masuk wad dua hari dan masih lagi problem dengan sims card nih.


Ikan masak  cuka

5 keping ikan tongkol/tuna/kembung digoreng @ apa2 jenis ikan pilihan (ikan digaul kunyit dan garam, goreng)
6 sb cuka
1 biji bawang besar hiris bulat
6 ulas bawang putih dihiris nipis
1 1/2 inci halia dihiris nipis
2 sb gula
1 liter air
15 biji cili api/6 biji cili hijau dibelah dua
2 sb biji sawi
1/2 biji timun sederhana besar dibuang bijinya dan dipotong sederhana/tomato
garam secukup rasa

--------
Panaskan minyak di dalam periuk/kuali.
Masukkan bawang, halia dan bawang putih dan tumis hingga naik bau.
Masukkan cili dan biji sawi. Tumis hingga layu.
Masukkan cuka dan kacau sebentar. Masukkan air, ikan dan timun/tomato.
Bila dah mendidih, masukkan gula dan garam secukup rasa dan tutup api.

----
***selalunya kalau masak taucu atau pun masak cuka ni saya letak garam kemudian sebab ikan yang dah digoreng tadi telah diletak garam, Kemasinan ikan tu akan turun ke kuahnya, jadi tak perlu garam banyak sangat....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...