Wednesday, June 7, 2017

Menu Iftar 9 Ramadhan : Asam Pedas Abg Sado JJ dan Peria Tumis Berlada

Airtangan hubby jadi hidangan berbuka puasa kami hari ni. Asam pedas ikan pari yang lazat dan peria tumis berlada yang nikmat. Saya rehat jap sebab seharian membuat biskut. Letih benar rasanya bersauna dibulan posa camni. Lagi pun sesekali nak tukar selera....dan manja2nya abam sayam.....ok lakan.....😚😚



Asam pedas abg sado JJ

600 gm ikan pari
2 senduk cili kering yg dah dikisar
* 6 ulas Bawang Putih
*2 biji bwang besar
*1 inci Halia
*1 inci/ketul kunyit hidup
Segengam Daun Kesum
Sekuntum Bunga Kantan – belah 4
Bendi/Terung Panjang Belah dua dan potong lebih kurang 3 inci
Sebiji tomato belah 4 (optional)
1 liter air
Air Asam Jawa pekat dalam 1/4 cawano
Gula dan Garam sekukup rasa

----

Kisar *. Tumis cili hingga pecah minyak.  Masukkan bahan yang kisar dan kacau hingga naik bau. (Bahan ni boleh juga dikisar sekali dengan cili kering dan tumiskan hingga pecah minyak).
Masukkan air asam dan air.
Masukkan ikan dan bunga kantan, bendi.
Masukkan gula dan garam secukup rasa dan biarkan mendidih.
Masukkan tomato dan daun kesum  biarkan lebih kurang 2 minit. Tutup api.....siap untuk dimakan.


300 gm udang sederhana dibuang kulit
1 biji telur
1 biji peria di hiris sederhana nipis (bijinya buang ye- rendam air garam 10 minit utk mengurangkan rasa pahitnya)
minyak untuk menumis
garam secukupnya

Kisar

1 inci halia hiris
4 ulas bawang merah hiris
3 ulas bawang putih hiris
10 biji Cili kering rebus lembut

Tumis bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak. Masukkan peria. Tumis 1 minit. Pecahkan telur dan hancur2kan. Akhirnya masukkan udang dan perisakan dengan garam. Tumis hingga udang berubah warna dan melengkung. Hidangkan.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...