Sunday, June 11, 2017

Menu iftar 14 Ramadhan : Ayam masak merah berempah


Ayam masak merah berempah compliment untuk nasi minyak biryani yang hubby bawa balik dari tolong masakkan di Surau seberang (luqman).


Ayam masak merah berempah

1 ekor ayam - gaul garam dan kunyit - goreng separa garing (jgn terlalu garing nanti keras)

2 biji bawang besar - hiiris
1/2 labu bawang putih - hiris
2 inci halia - hiris

1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

20 gm rempah daging/ayam
5 sudu besar sos cili
5 sudu besar sos tomato
5 sudu besar tomato puri
20 biji cili kering - rebus dan kisar lumat

Garam dan gula secukup rasa
2 biji tomato belah 4 (kali ni tak letak)
2 batang serai - ketuk

Minyak untuk menumis

Tumis rempah tumis hingga naik bau. Masukkan bawang besar, tumis hingga layu. Masukkan halia dan bawang putih. Tumis hingga sedikit keperangan. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan rempah. Tumis lagi selama 5 minit.

Masukkan sos dan tomato puri serta serai. Kacau sebati biarkan mendidih sebentar. Masukkan garam dan gula secukup rasa serta tomato. Biarkan tomato layu. Akhir sekali masukkan ayam yg telah digoreng. Gaul rata dan masakkan selama 5 minit lagi.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...