Friday, June 9, 2017

Menu Iftar 13 Ramadhan : Telur Bungkus



Menu berbuka puasa untuk kami dan anak2 tahfiz mutqan semalam. Pelengkap hidangan tomyam poktek. Sedap dan mudah disediakan terutamanya bila saya dah siapkan dagingnya terlebih dahulu sehari sebelum.



TELUR BUNGKUS

Bahan-bahan: (2 orang)


500 gm daging kisar
300 gm Mix Veggie
2 biji bawang besar - potong dadu
3 biji tomato - potong dadu
2 sudu besar sos cili
Garam dan gula - secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan kisar

20 biji cili kering - rebus dan toskan
1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
2 inci halia

Bahan Salut

2 biji telur
1 sk mayonis
3 sb air
garam secukup rasa

Pukul sebati.


Cara-cara:

Tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak. Masukkan sos cili dan gaul rata. Masukkan daging cincang, kacau dan biarkan sebentar. Kemudian masukkan bawang besar, tomato dam Mix Vege
Gaul sebati dan biarkan seketika.
Masukkan garam dan gula secukupnya. Tutup api.

Dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak, tuangkan telur yang dipukul tadi atas kuali leper. Ratakan telur di seluruh kuali. (macam buat kuih ketayap). Biarkan telur masak sepenuhnya.

Letak tumisan daging cincang di atas telur dadar tadi. (Rujuk gamabar). Lipat telur tersebut dan hidangkan.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...