Sunday, June 4, 2017

MELT-IN-MOUTH GERMAN COOKIES (Biskut kentang)


Biskut lagi pagi ahad. Yang mudah2 saja. Tak guna acuan...cepat siap....rupa boleh tahan.😊😊😊.


Resepi saya olah sedikit sebab malas nak asingkan telur. Sumber asal takde telur....kak wan citarasawan letak putih telur....saya letak sebiji telur dan tambah tepung kentang lebih kurang 50 gm extra.

MELT-IN-MOUTH GERMAN COOKIES (Biskut kentang)
http://www.zulfadreamland.blogspot.my

250 gm mentega
100 gm gula ising
300 gm tepung kentang-ayak
200 gm tepung gandum-ayak
1 biji telur
2 tsp vanilla esen
4 sk serbuk koko utk biskut berperisa coklat


Caranya

1. Pukul mentega dan gula ising hingga gebu.
Tambah telur dan pukul sebati.

2.  Tambah esen vanila dan pukul dalam seminit lagi.

3.  Masukkan tepung yang telah di ayak dan gaul sebati. (Kalau nak dua perisa, bahagi dua doh dan satu bahagian tambah serbuk koko).

4. Kalau doh masih lembut, masukkan daam plastik dan sipan doh dalam peti sejuk selama 20 minit.

5. Ambil sedikit aduan. Bulatkan dan tekan guna garpu. Saya leperkam dan golek tepinya dengan gula castor dan corakkan dengan belakang pisau.

6.  Bakar selama 15 - 25 mjnit pada suhu 170 C  (bergantung saiz dan ketebalan biskut)

7. Boleh la hias dengan chocolate ganache or atau gula ising tapi kali ni saya dah hias dengan gula castor warna pink tu..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...