Sunday, May 28, 2017

Iftar 2 Ramadhan: Nasi Tumis Istimewa

Nasi pilihan, melengkapkan hidangan ayam masak madu, pajeri terung dan jelatah. Sedap juga nasi tumis yang resepinya saya olah dari sumber mamamunie.wordpress ni. Bahan mudah, dan rasanya sedap. Pilihan tepat dengan lauk pauk yang dihidangkan.


NASI TUMIS ISTIMEWA
http://www.zulfadreamland.blogspot.my

3 cawan beras basmathi (basuh, rendam 30 minit dengan 1 sk garam, toskan)
2 batang serai (diketuk)
3 biji tomato dipotong dadu
3 biji bawang besar dipotong dadu
Sedikit garam secukup rasa
1 sudu kecil gula
1 sb Rempah Kari Ikan
4 cawan air


Tumis bahan2 di atas dengan 1/4 cawan minyak yang dicampur 1 sudu minyak sapi hingga pecah minyak.
Masukkan air dan aram secukup rasa. Biarkan mendidih. Masukkan beras dan masak hingga airnya hampir kering. Kacau sesekali. Kecilkan api dan tutup periuk. Biarkan masak selama 8 minit. Tutup api. Biarkan selama 5 minit sebelum bukan tudung periuk dan kareh nasi perlahan2.

Hidangkan dengan lauk kegemaran.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...