Monday, May 1, 2017

Muffin Oren Badam


Bekal perjalanan ke pahang sabtu lepas. Macam tu la kebiasaan....bila nak berjalan jauh.....supaya tak kelaparan. Anak ni kalau lapar nanti mudah meragam jadi bekal kena cukup.

Saya bawa lebih sebab nanti boleh kongsi dengan ipar duai yg turun ke pahang ni untuk menghantar pengantin.


Muffin oren badam

Bahan-Bahannya :-)

125 gm mentega
125 gm gula perang
1/2 camca teh ovallate
150 g tepung gandum
1 camca teh baking powder*
10 g susu tepung*(*disatukan dan ayak)
25 g serbuk badam (saya letak 50 gm)
2 biji telur gred A
1 biji oren, parut kulitnya (bahagian berwarna oren) dan perah jus

Cara membuatnya :-)

Panaskan oven pada suhu 170C. Putar mentega, gula perang dan ovallate hingga putih, masukkan telur satu persatu dan terus putar hingga kembang. Masukkan parutan kulit oren, gaul rata.

Masukkan tepung yang telah diayak dan serbuk badam, gaul rata. Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung berselang seli dengan jus oren hingga habis. Gaul rata.

Sudukan ke dalam muffin cup, atau paper cup yang dialas dalam muffin mould (seperti gambar disini..), 3/4 penuh. Buat hingga siap dan bakar 12- 15 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...