Monday, May 29, 2017

Menu iftar 3 Ramadhan : Lengat kurma


Menu iftar 3 Ramadhan. Idea seorang teman sekolah....nampak menyelerakan. Balik ofis sambil masak sambil mencuba resepi baru yang dikongsi waida di fb. Mudah dan berkhasiat....kurma....santan....sedap.


Lengat Kurma
http://www.zulfadreamland.blogspot.my

Kurma secukupnya - dibuang biji
2 liter santan
3 sb tepung gandum
Sedikit garam
Daun pisang
Loyang atau remekin atau mangkuk casserole

Satukan santan, tepung dan garam. Gaul sebati.
Alas loyang atau bekas kukusan dengan daun pisang. Masukkan kurma. Tuang santan hingga menutupi kurma.

Kukus selama 15 - 20 minit bergantung saiz bekaa yang digunakan.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...