Tuesday, May 30, 2017

Menu Iftar 4 Ramadhan : Crispy and crunchy fried chicken ( Dakgangjeong 닭강정 )


Ayam korea...alahai anak2... dari sebelum posa sampai la start posa anak2 menuntut janji. Dari semalam dah wasap ummi kat opis, minta masakkan ayam korea ni... Tapi semalam tak sempat nak cari bahan. Akhirnya....terzahir lah jua iftar 4 ramadhan 2017.

Tak sabar anak2 nak berbuka. Hari2 kalau boleh meraikan permintaan anak2 yang berpuasa....ayah terima jer lah menu pilihan anak2. Motivasi untuk mereka.....


Crispy and crunchy fried chicken
Dakgangjeong 닭강정
@ http://www.zulfadreamland.blogspot.my

Bahan untuk ayam

1.6 kg ayam - yg bestnya bahagian kepak tapi saya campur
1 sk garam
1 sk serbuk lada hitam
1 sk halia cincang halus
2/3 cawan tepung jagung atau tepung kentang
1/2 cawan kacang

Bahan untuk sos

4 ulas bawang putih - cincang
3 -4 cili kering - buang biji dan potong 1/3 inci
1/4 cawan kicap
1/2 cawan sirup jagung - saya guna golden syrup
1 sb cuka
1 sb mustard
1 sb gula perang
1 sb bijan - sangrai
minyak masak secukupnya



Cara2Nya.

Potong ayam saiz sederhana kecil - kalau sekor tu boleh kerat 16/20

Masukkan ayam ke dalam mangkuk dan gaul dengan garam, halia dan lada hitam. Masukkan 2/3 cawan tepung jagung ke dalam mangkuk dan salutkan ayam. Buat hingga selesai.

Penyediaan sos manis, pedas dan melekit:

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili. Kacau hingga naik bau selama 30 saat.

Masukkan kicap, syrup, cuka dan mustard. Kacau sebati dan biarkan mendidih sebentar. Tambah gula dan kacau hingga gula hancur. Tutup api.


Goreng ayam:

Panaskan minyak secukupnya ke dlm kuali. Test dengan masukkan seketul ayam. Kalau minyak berbuih maknanya dah cukup panas.

Gorengkan ayam yg telah disalut tepung jagung tadi selama 12 - 13 minit. Balik2kan ayam dua tiga kali ketika menggoreng. Angkat dan toskan.

Biarkan ayam yg telah digoreng dan ditoskan seketika. Panaskan semula minyak dan goreng semula ayam tadi selama 12 - 15 minit lagi hingga nampak keperangan dan garing.

Kalau kuali besar boleh goreng sekaligus, kalau tidak goreng sikit2

Bila ayam dah masak, panaskan sos tadi hingga mendidih. Salutkan ayam dengan sos.

Masukkan ayam dan gaul sebati. Tutup api dan hidangkan ayam ke dalam pinggan hidangan.

Taburkan bijan dan hodangkan ketika panas. Ayam ni kekal rangup sehingga esoknya. Tak perlu sos2 lain dah cukup sedap.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...