Saturday, May 27, 2017

Iftar 1 Ramadhan : Ikan goreng berlada & Tomyam Udang


Menu iftar 1 ramadhan. Tomyam request anak2....ikan goreng berlada lauk tambahan. Happy sangat bila anak2 makan bertambah tambah. Udang pun nak bagi mudah anak2 makan ummi siap buang kulit. Jadi takde la diorang terpaksa menunggu giliran untuk ummi ayah buangkan kulitnya.

Menu2 bulan puasa ni saya kurangkan pedas. Supaya kurang masalah ketidak selesaan perut....almaklumlah dah kosong berbelas jam....nanti masuk makanan pedas, meragam pulak.

Bila bulan puasa ni kenalah raikan mereka....sebagai motivasi untuk kuat bertenaga hingga ke petang.


Ikan Goreng Berlada

1 kg ikan - bersihkan, lumur garam dan serbuk kunyit - goreng
1 biji bawang besar - hiris
7 sb air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

Bahan tumbuk kasar
7 biji cili masak (boleh tambah cili padi)
7 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

Tumis bahan tumbuk hingga naik bau dan pecah minyak. Masukkan air asam. Gaul rata. Masukkan ikan. Kacau sebati. Akhir sekali perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masukkan bawang hiris. Masak hingga bawang sedikit layu.


Tomyam udang

3 batang serai dititik
3 mangkuk air
Garam dan gula secukup rasa
Sayuran pilihan - bunga kobis/cendawan/karot/tomato dll
3 sb pes tomyam thai
5 helai daun limau purut
3 biji bawang besar - potong bulat
Hirisan daun ketumbar

20 ekor udang (boleh juga masukkan lain2 alanan laut/fish ball dll ikut citarasa)

Satukan pes, daun limau, serai, bawang (serta sayuran seperti karot dan bunga kobis) dan air dalam periuk. Masak hingga mendidih. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masukkan udang dan cendawan. Masakkan selama 3 minit dan tutup api. Taburkan hirisan daun ketumbar dan hidangkan.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...