Thursday, April 6, 2017

Pavlova Coklat


Semalam punya cerita...tetiba dapat energy yang melimpah ruah...anak2 dah dua tiga hari request. Sambil buat sekut sambil adun pavlova. Kegemaran anak2. Pavlova kali ni terlebih lama kat dalam oven....habis retak dibuatnya.....alahai...

Walau pun rupanya tak cukup jelita, hidang jer kat anak2 sekejap jer hilang dalam perut masing-masing.


Chocolate Pavlova
@ Zulfaza Loves Cooking

Bahan2nya

Untuk MERINGUE

4 biji putih telur saiz A, suhu bilik
1 cawan gula perang
Secubit garam
1/2 sk pure vanilla extract

2 sb serbuk koko

Hiasan

Dark-Chocolate Cream
1 1/4 cups heavy cream, whipped to soft peaks
Milk-Chocolate Curls, for garnish

Atau

Whipping cream secukupnya
Buah-buahan pilihan

Cara2nya

Panaskan oven pada suhu 150 celcius. Alas loyang dengan baking paper.

Satukan putih telur, garam dan gula. Pukul dengan kelajuan sederhana tinggi sehingga meringue menghasilkan soft peaks dan adunan bila diterbalikkantak tumpah. Masukkan esen vanila dan pukul rata. Masukkan serbuk koko dan gaul rata. Gunakan spatula tuang adunan ke atas loyang dan ratakan. Buatkan mcm lekuk kat tengah2. Bakar lebih kurang sejam dan sejukkan atas redai sebelum hias dengan cream dan coklat atau buah2an.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...