Friday, March 3, 2017

Mangkuk Roti Wholemeal Dengan Sup Cendawan berkim homemade


Lama giler cuti meroti....6 bulan lebih kot. Sejak BM rosak.....pastu start masuk opis. Memang terbantut aktiiti meroti ni. Roti ni saya buat akhirnya bila teringin nak makan sup dalam mangkuk roti....gagahkan juga menguli (walaupun BM baru dah beli).

Nikmat lain skit kalau roti uli tangan ni. Saja la sesekali nak bagitau kat org tak semestinya ada breadmaker baru roti jadi....


Bread bowl

Bahan2

2 sb yis segera
3 cawan air suam
2 sb gula
2 sk garam
6 1/2 cawan tepung roti
1 cawan tepung wholemeal


Cara2nya

Dalam mangkuk kecil masukkan yis dan air suam.

Dalam mangkuk besar satukan semua bahan2 lain. Tuangkan adunan yis dan uli sebati. (Adunan mungkin sedikit melekit)

Teruskan menguli hingga doh licin dan elastik. Masukkan doh ke dalam mangkuk yang di gris dengan minyak dan tutup dnegan plastik wrap hingga naik dua kali ganda. Panaskan oven. Tumbuk doh dan bahagikan kepada 6 bahagian. Susun atas loyang dan jarakkan antara satu dengan lain. Tutup dengan tuala dan biarkan naik sehingga dua kali ganda. Bakar 2 minit paa suhu 200 celcius dan turukan suhu kepada 170 celciu dan teruskan membakar selama 18 minit lagi atau hingga keperangan. Sejukkan diatas redai.

 Sup cendawan berkrim

bahan

3 sb mentega
3 biji bawang holland (hiris nipis/cincang)
3 paket cendawan shitake (hiris)
2 paket cendawan butang (hiris)
3 kiub ayam maggi (boleh ganti dengan air rebusan ayam - chicken broth)
1 liter susu segar
3 tin susu cair
3 cawan tepung gandum, (bancuh dengan air dan tapis supaya tiada ketul)
Air secukupnya
garam dan lada hitam secukup rasa

Panaskan mentega. Tumis bawang hingga naik bau. Masukkan cendawan yang telah dihiris kecil. Tumis hingga cendawan layu. Masukkan air dan bancuhan tepung serta kiub maggi. Kacau hingga mendidih. Masukkan puri kentang, susu dan tambah air jika perlu. Masak hingga mendidih, kacau selalu sebab sup akan membuak. Perisakan dengan garam secukup rasa. Tutup api. Hidangkan dengan roti bawang putih.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...