Monday, March 6, 2017

Pankek pandan dengan air gula melaka


Sarapan pagi Isnin. Ringkas dan mengenyangkan. Haruman pandannya menyerlah. Gabungan perisa pandan dan air gula apong yang saya gunakan memang sepadan dan sedap. Pankek ni sangat lembut dan ringan. Selalin dihidangkan untuk sarapan sesuai juga dihidangkan untuk minum petang bersama aiskrim vanila....adus....ngences.



Pankek pandan dengan air gula melaka
@ Zulfaza Loves Cooking

Bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum
1/2 sk baking powder
1/2 sk baking soda
secubit garam
1 1/2 sb gula kaster
1 biji telur besar (saiz L/A)
1 cawan susu segar kisar bersama 5 helai daun pandan dan perah (untuk menghasilkan perisa pandan dan perwarna hijau)
1 sudu besar mentega - dicairkan
Sedikit mentega - untuk gris

Cara-cara :

1. Adunan Kering: Campurkan tepung gandum, baking powder, baking soda, secubit garam dan gula kaster ke dalam mangkuk besar.

2. Adunan Cecair: Dalam mangkuk lain, campurkan telur, susu pandan dan mentega, kacau dengan whisk hingga rata.

3. Masukkan perlahan-lahan adunan cecair ke dalam adunan kering. Kacau hingga rata dan hingga tiada ketulan tepung lagi. Jika adunan terlalu pekat, tambahkan sedikit lagi susu.

4. Tutup adunan pancake dengan plastik bersih dan rehatkan adunan kira-kira 30 minit. (saya tak rehatkan sebab kesuntukan masa).

5. Gris frying pan dengan mentega nipis-nipis dan panaskan dengan api perlahan. Tuangkan anggaran 1/3 cawan adunan dan masak sehingga nampak lubang-lubang kecil diatasnya, terbalikkan dengan perlahan-lahan. Masak lagi hingga bahagian bawah kekuningan. Angkat.

6. Hidangkan bersama lapisan inti kegemaran dan tambahkan ais krim vanila bersama sos chocolate sebagai toppingnya, atau madu/maple syrup atau air gula melaka.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...