Thursday, March 30, 2017

Lunch - Tomyam Ayam, Pucuk ubi, terung rebus dan sambal tempoyak


Hidangan tengahhari semalam. Kebetulan bercuti sebab membawa sekecil untuk rawatan gigi. Sakit sangat sampai si kecil request supaya ummi bercuti untuk bawa dia ke klinik. Bila di klinik doktor kata gusinya dah bernanah dan pipinya nampak sedikit bengkak......tapi Alhamdulillah, doktor boleh teruskan prosedur...sebab dah tak sakit sangat. Kuat hero ummi yang sorang ni...tak menangis dah diam jer sepanjang prosedur. Usai urusan di klnik terus ummi belanja aiskrim untuk hentikan pendarahan.


Berbalik kepada menu tengahari semalam ni, ummi masak atas request si bambam ummi. Boleh katakan menu ni kegemaran sekeluarga. Kalau hidangkan tomyam selalunya masing2 makan banyak....tu yang tak bleh masak kerap....nanti kenaikan kalori tak terkawal....hahaha.

Lawan hidangan tomyam ni pucuk ubi tuaian depan rumah...dan terung rebus cicah sambal tempoyak. Berpeluh makan. Menu simple tapi menyelerakan....air tangan ummi untuk family tercinta...
Alhamdulillah...


Tomyam ayam simple

*1/2 ekor ayam - potong kecil
*1 batang karot - potong bulat
2 biji tomato belah 4
1 biji bawang holland - hiris bulat
*3 batang serai - ketuk
*5 helai daun limau purut - hiris
1 pokok daun ketumbar - hiris
*10 biji cili padi - potong kecil
*2 sb pes tomyam
7 biji limau kasturi - perah airnya
Garam dan gula secukup rasa
______

Dalam periuk, masukkan 6 cawan air. Tambah bahan *. Masak hingga ayam empuk. Tambah garam, gula, air limau, bawang dan tomato. Kacau dan biarkan didih seketika. Tutup api. Masukkan daun ketumbar.


Sambal tempoyak ZLC

5 biji cili merah
5 biji cili padi
Garam dan gula secukup rasa
2 sb tempoyak

Tumbuk cili hingga lumat. Masukkan garam dan gula secukupnya. Kacau sebati. Masukkan ke dalam mangkuk bersama tempoyak. Kacau rata.

Pucuk ubi rebus

Daun ubi dibuang tangkainya
Garam dan gula secukupnya
Air untuk merebus

Didihkan air. Masukkan daun ubi. Rebus empuk dengan garam dan gula secukuonya.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...