Tuesday, March 7, 2017

KEK MINYAK (Bakar)


Kek minyak, kek yang femes satu ketika dulu....lama dah resepi kek ni wujud dan dah beribu2 orang yang menggunakannya.... Masa saya pertama kali buat kek ni dekat 10 tahun yang lalu, saya rujuk dari My Resepi. Tak ingat penyumbangnya. Kali ni pun saya masih menggunakan resepi dari sumber asal yang sama.

Tak mengecewakan, biasanya menjadi dengan jayanya. Selain bakar ada juga yang masak dengan cara mengukus. Saya lebih suka versi bakar sebab lebih mudah....kukus ni nanti kena plak balut2 supaya air kukusan tak menitis atas kek.  Apa2 pun terpulang citarasa.

Kek ni saya buat untuk bekal perjalanan anak2 yang ikut trip sekolah lawat 4 muzium kat KL...hahhahah...macam jauh sgt....bekal beriya2.

KEK MINYAK LEGEND (Bakar)

5 biji telur
3/4 cawan gula halus ~ 160 gm
2 cawan tepung gandum ~ 300 gm
1 sudu teh baking powder
1 cawan susu pekat ~ 300 gm
1 sudu besar ovallate
Secubit garam
1 cawan minyak masak ~ 200 gm
Perasa Pilihan (opional)
1 sudu teh esen vanila
Pewarna


Satukan tepung dan baking powder kemudian di ayak, ketepikan.
Dalam mesin pemutar, pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang dan gebu.
Masukkan susu pekat, garam dan esen vanila dan pukul sebati.
Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.
Akhir sekali masukkan tepung gandum yang telah di ayak.
Kaup balik adunan dengan spatula hingga rata
Bahagikan adunan kepada 3 atau 4 bekas.
Letakkan pewarna dalam setiap bekas mengikut kesesuaian.
Gaul rata.
Sediakan loyang 8 inc.
Lapik dasar loyang dengan kertas minyak dan sapukan butter.
Tuangkan adunan berselang seli warna secara lingkaran hingga habis.
Bakar dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal.
Suhu 170 C bergantung kepanasan oven masing-masing.
Bakar selama 45 minit ~ 60 minit.
Lepas 45 minit cucuk dengan lidi, jika ia keluar licin bermakna kek telah di bakar sempurna. Jika masih basah, tutup permukaan kek dengan kertas aluminuim dan bakar semula hingga ia masak sempurna.
Keluarkan daripada ketuhar setelah kek masak dan letakkan atas redai.
Potong kek setelah sejuk sepenuhnya.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...