Wednesday, March 1, 2017

Greek yogurt banana bread


Kek pisang la kot kategorinya....tapi resepi omputeh ni bagi nama roti pisang. Rasanya enak...lembut dan lembab. Saya guna pisang campur2. Berangan skit, campur pisang raja dan pisang apa ntah...


Greek yogurt banana bread
@ Zulfaza Loves Cooking

Ingredients
1 1/2 cawan (180 g) tepung gandum
1 1/2 sk baking soda
1/2 sk garam
2 biji besar telur dikocok sedikit
2 biji pisang berangan masak ranum (200 g or 1 cawan pisang lecek)
1/2 cawan (115 g) Greek yogurt
1/4 cawan (60 ml) maple syrup (kalau takde ganti dengan 1/3 cawan gula perang)
1/4 cawan (50 g) gula perang*

Optional: 1/2 cawan chocolate chips/raisins/nuts/etc.

Cara2nya

Panaskan oven pada suhu 350ºF (176ºC), dan gris 9 x 5 (23cm x 13cm) bread pan.

Dalam mangkuk satukan tepung, baking soda dan garam. Gaul rata. Ketepikan.

Dalam mangkuk lain, pecahkan telur dan kocak sedikit. Masukkan pisang lecek, yogurt, syrup dan gula. Kacau sebati. Tuangkan ke dalam mangkuk tepung. Kacau rata. Jangan terlebih adun.

Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar selama 35-40 minit atau hingga masak. Keluarkan dari oven dan biarkan sejuk 10 minit sebelum keluarkan dari loyang dan sejukkan di atas redai.


Notes

Kalau nak kurangkan manis boleh guna maple syrup tu jer atau kurangkan penggunaan gula terutama bila campur coklat chip.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...