Thursday, March 9, 2017

Cakoi dengan sos kastard manis


Cakoi dengan kuah kastard manis pulak hari ni. Dah agak lama tak buat minum petang. Balik lewat dan biasanya dah kepenatan. Malas nak masak dah. Hari ni terrajin sikit. Buat la satu adunan....dapat satu pinggan tu. Buat pulak besar2 macam batang balak....cepat siap. 

Kuah kastard tu pulak, sambil2 tunggu doh naik boleh la siapkan. Senang jer...kacau2 dah siap....


Cakoi

Bahan-bahan:

400gm tepung gandum ~ di ayak
1/2 kecil soda bikarbonat ~ ayak bersama tepung
1 cawan air
1 sb mentega ~ dicairkan
1 sk garam
1 sb gula
1 sb susu pekat manis
1 biji kuning telur
2 sk yis segera

Minyak untuk menggoreng

Cara-cara membuatnya:

1. Satukan air, mentega, garam, gula, susu pekat manis, kuning telur, yis dan soda bikarbonat dalam mangkuk besar . Kacau agar sebati.

2.Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam bancuhan di atas.

3. Ulikan sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat dijari . Perap doh selama setengah jam. bekas berisi doh hendaklah dibalut di dalam beg plastik yang bersih.

4. Canaikan doh setebal 1/2 sm, kalau boleh dalam bentuk segiempat tepat.

5. Potong kepada kepingan bersaiz 1 inci.

6.Rendamkan lidi di dalam air . Tekankan lidi basah tersebut di atas setiap kepingan 1 inci tersebut .

7. Cantumkan dua kepingan dengan bahagian yang bertanda lidi bertemu antara satu sama lain.

8. Panaskan minyak. Tarik kedua-dua hujung cakoi dan goreng keperangan.





Sos Kastard Manis

Bahan-bahan
1 1/2 sdb tepung kastard
2 cawan santan (kisar kelapa parut bersama daun pandan)
5 sb gula
secubit garam

- Masukkan semua bahan dalam periuk. Masak atas api sederhana, kacau sehingga gula hancur dan bancuhan agak likat dan berkilat. Kalau bancuhan terlampau likat, boleh tambah air sikit.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...