Saturday, March 25, 2017

Ayam masak ungkep


Ayam masak ungkep yang tak terungkap sedapnya. Masakan jawa yang mudah dimasak dan sedap dimakan. Rebus jer semua bahan2nya selama 3 - 4 jam sampai ayam empuk dan airnya hampir kering. Makin sedap kalau letak cili padi kasi pedas2 sikit....pergh...makan tak hengat jadinya.

Saya suka yang ungkep ni berbanding semur (ayam yg dimasak dengan rempah tumis, kicap dan lada hitam tu (yg selalu dihidangkan masa raya dirumah MIL) .....lebih sesuai dengan selera saya, tapi anak2 suka yang berkicap tu. Budak2....kicap itu nikmat. Dah jadi mak budak ni selera dah lain sikit.

Bercerita pasal ungkep dalam gambar ni, bukan saya yang masak. Biras saya masak masa balik ke kampung untuk dibawa menziarahi kakak ipar di johor baharu. Dia sedang dalam rawatan kanser....hilang selera makan, jadi bawakan masakan kampung camni, supaya terbuka selera...tambah pulak makan secara berjemaah...tu yang jadi tambah nikmat.


Ayam masak ungkep
@ zulfadreamland.blogspot.my

2 ekor ayam pencen atau ayam kampung - potong 8
4 batang serai - ketuk
1 1/2 sk serbuk ketumbar
1 1/2 sk serbuk jintan putih
* 2 biji bawang besar
* 8 ulas bawang putih
*1 1/2 inci halia
*1 ketul kunyit hidup
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Cili padi secukup rasa

***2 biji bawang besar hiris bulat
***4 biji cili hijau

Kisar *. Satukan semua bahan dalam periuk. Rebus hingga ayam empuk dan airnya hampir kering.

Masukkan bawang besar yang dihiris dan cili bila air hampir kering. Masak lagi hingga bawang dan cili layu. (Kali ni tak letak).


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...