Sunday, February 5, 2017

Ikan Bawal Emas Kukus Abang Sado


Ikan bawal emas....ikan faveret saya nih....rasanya lemak dan isiya lembut. Memang paling sesuai dikukus. Tapi kalau goreng pun sedap sangat. Dua hari berturut2 makan menu nih....semalam buat sekor, tak cukup. Hari ni buat dua ekor pulak....

Bab2 masak kukus ni hubby memang terer...jadi dua hari ni hubby yang masak.....huntung hakak....dapat hubby terer masak....






Ikan kukus abang sado JJ @ ZLC

Ikan bawal emas sederhana
2 biji cili merah atau 6 biji Cili padi dihiris (boleh tambah kalau nak lebih pedas)
3 inci Halia dihiris
5 sb Sos tiram
1 1/2 biji lemon)
3 biji asam boi (optiona)
garam dan gula secukup rasa
2 batang serai dihiris

sayuran pilihan - tomato, karot, kobis bunga, cendawan tiram, daun ketumbar jika suka

Satukan semua bahan, kecuali bunga kobis, cendawan dan daun ketumbar dan kukus selama 20 - 25 minit. Buka pengukus, masukkan bahan2 lain dan sambung kukus selama 5 minit. Tutup api.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...