Monday, January 2, 2017

Kek mentega susu


Dah berapa kali mentega keluar masuk peti sejuk. Akhirnya pagi ni impian jadi nyata. Kek mentega susu olahan rupa dari resepi asal KEK ZEBRA ATAU KEK KUDA BELANG yg saya cnp dari blog Mat Gebu.

Mula asal nak buat belang2 tapi sebab adunan coklat tu macam cair skit (sebab tak bahagi afunan sama rata pastu airnya tak sukat betul) jadi itulah kesudahan rupanya.....hehehe....lantas akak pun dengan suka cita mengistiharkan namanya sebagai kek mentega susu....kek lembab yang rasanya sedang2 jer manisnya sebab saya gunakan gula perang.


KEK ZEBRA ATAU KEK KUDA BELANG

BAHAN-BAHANNYA :-)

150 gram mentega (anchor, scs, emborg)
2 biji telur gred A
125 gram tepung berserbuk penaik (self raising flour), diayak 3 kali (saya guna tepung gandum + 1 sk serbuk penaik)
1/4 cawan susu pekat manis
50 gram gula perang
1 sk esen vanilla
1/2 sk perisa mocha
1 sb serbuk koko*
2 sb air panas*(*disatukan dan kacau rata)

CARA MEMBUATNYA :-)

Panaskan oven pada suhu 175C, lenser acuan kek bulat berukuran 6.5 inci x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak. Lenser juga kertas tadi. Ketepikan.

Putar mentega dan gula kastor hingga putih, masukkan telur satu persatu dan terus memutar hingga kembang. Masukkan susu pekat manis dan esen vanilla. Putar rata.

Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati. Matikan mixer dan bagikan adunan kek kepada 2 bahagian. Satu dimasukkan perisa mocha dan bancuhan serbuk koko, kacau rata. Satu lagi dibiarkan kosong tanpa warna.

Sudukan 3/4 camca besar adunan kosong ditengah2 tin kek. Kemudian sudukan pula 3/4 camca besar adunan koko atas adunan kosong tadi. Buat berselang seli hingga habis.

Goyang2kan sedikit acuan tadi agar adunan kek rata. Bakar selama 40 - 45 minit atau hingga kek masak. Uji dengan mencucuk bahagian tengah kek dengan lidi sate bersih atau cake tester, jika keluar bersih, tu tanda kek anda telah masak. Keluarkan kek dari acuan dan sejukkan atas jaringan. Boleh hidangkan..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...