Monday, January 2, 2017

Cucur Bilis Kembung


Menu sarapan ringkas jer pagi tadi. Penat masak semalam tak hilang lagi. Dah agak lama tak buat cucur air panas ni.....rangup diluar dan lembut di dalam....cicah sos cili thai sedap..


Cucur Bilis Kembung

3 cawan tepung gandum
1/2 cawan ikan bilis (tumbuk lumat)
1 biji bawang besar (cincang)
1 batang lobak merah (parut/hiris halus)
Garam secukup rasa
Hrisan d

aun bawang/daun sup/kucai - jika suka
3 1/2 cawan air mendidih

Satukan semua bahan kecuali air panas. Gaul rata. Tuang air sedikit2 sambil di adun rata.

Sejukkan skit. Basahkan tangan dan ambil adunan dan bulat2 kan hingga habis.

Panaskan minyak dan goreng hingga keperangan dengan api sederhana.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...