Saturday, December 3, 2016

Tomyam Sotong Xpress


Tengahari tadi menunya semua goreng2. Kering kontang jer. Macam tak best makan camtu. Las minute decide nak masak kuah. Tak fikir lama....nampak ada cendawan dan tadi pun ada beli sotong sikit, jadi terus jer la menenggek tomyam sebagai pelengkap hidangan.

Memang xpress sungguh masak tomyam ni...tak sampai setengah jam siap bersama hidangan2 lain.


Tomyam sotong xpress

3 batang serai dititik
3 mangkuk air
Garam dn gula secukup rasa
Sayuran pilihan - bunga kobis/cendawan/karot/tomato dll
3 sb pes tomyam thai
5 helai daun limau purut
3 biji bawang besar - potong bulat
Hirisan daun ketumbar

15 ekor sotong kecil (boleh juga masukkan udang/fish ball dll ikut citarasa)

Satukan pes, daun limau, serai, bawang (serta sayuran seperti karot dan bunga kobis) dan air dalam periuk. Masak hingga mendidih. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masukkan sotong dan cendawan. Masakkan selama 3 minit dan tutup api. Taburkan hirisan daun ketumbar dan hidangkan.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...