Tuesday, December 27, 2016

Roti puree @ puri dengan sambal tumis ikan bilis


Minum petang dengan roti puri dan kopi susu hujan2 camni memang sedap. Hampir habis dua adunan roti kami makan anak beranak. Padanan roti dan sambal bilis yang kaya dengan bawang ni memang membuka selera.

Semangat menguli roti usai sampai dari opis. Tetiba teringin sangat nak makan roti ni sebab memang dah lama sangat tak ulang siaran. Memang pilihan yang tepat sebab anak2 pun nampak selera sangat makan.....Alhamdulillah.


Roti puree @ puri

2 cwn tpg gandum
1sudu yis kering/mauripan
3 sudu gula (boleh kurang ikut suka kemanisan)
3 sudu minyak masak
3/4 cawan air suam
secubit garam

cara:

Campurkan tepung dengan yis dan kacau rata.
Cairkan gula dan garam dlm air suam
Campurkan minyak ke dlm air td.
Kacau rata kemudian masukkan air ke dlm tepung sedikit demi sedikit sambil kacau.
Uli sampai tak melekat di tangan.
Perapkan 30 minit (bertutup)
Tumbuk tumbuk doh utk keluarkan udara.

Buatkan bulat bulat (sapu tepung di tangan supaya tak melekat) saiz ikut suka.
Tekan leper dan goreng

Tips zulfaza: Roti ni kalau nak cantik kembungnya api dan teknik kena betul..... Apinya jangan terlalu kuat dan jangan terlalu kecil....sedang2 jer.....lepas tu bila dah masukkan doh dlm minyak...siram2kan doh tu dengan minyak sampai kembung sepenuhnya sebelum diterbalikkan...terbalikkan dua tiga kali sampai masak utk hasilkan roti yg cantik dan masak sekata.

Toskan...dan hidangkan....




Sambal bilis

1 cawan ikan bilis
1/2 cawan cili kering kisar
3 biji bawang besar - potong bulat
2 batang serai di titik
5 sb air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
1/4 cawan minyak masak.
Air secukupnya

Tumis cili hingga pecah minyak. Masukkan gula. Gaul rata. Masukkan serai dan air asam. Kacau sebati dan biarkan menddih seketika. Tambah 2 cawan air. Kacau rata.

Kemudian masuķkan bawang dan bilis. Biarkan mrenih dengan api sederhana hingga bawang lembik. Tambah air bila perlu. Perisakan dengan garam secukup rasa. Tutup api.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...