Monday, December 26, 2016

Lepat liat aka lepat manis


Lepat liat atau lepat maneh/manis, masakan traditional belah2 utara nun. Sedap...macam dodol kukus..

Susah nak cari orang buat kalau belah2 selangor ni. Resepi ni saya olah dari sumber fb resepi sedap. Untuk gula, saya gunakan gula apong sepenuhnya. Tak begitu manis....tapi sedap dengan kombinasi santan dan kelapa parut yg lemak2 masin tu.

Lepat liat @ ZLC

1 paket tepung pulut
2 cawan gula melaka/merah/apong + gula perang
1 1/2 cawan santan pekat
Daun pandan disimpul

Daun pisang dilayukan secukupnya.
Kelapa muda parut yang digaul garam secukup rasa.

Masakkan gula dengan santan dan daun pandan hingga gula cair. Jangan sampai mendidih. Tapiskan dan biarkan suam.

Tuangkan dalam mangkuk yang berisi tepung pulut.


Gaul rata dan perapkan selama 20 minit. Sementara itu layukan daun pisang dan gaulkan kelapa parut dengan garam secukup rasa.



Ambil sekeping daun dan sapukan sedikit minyak masak. Ambil sesudu adunan dan letakkan di atas daun tadi seperti dalam gambar.


Ambil kelapa parut dan letakkan ditengah adunan di atas daun pisang tadi.


Bungus adunan seperti membungkus lepat. Susun dalam pengukus. Buat hingga adunan habis.


Kukus selama setengah jam.


Setelah masak sejukkan seketika dan sedia dimakan.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...