Saturday, December 3, 2016

Fillet ikan tempura


Menu tengahari ni....isi ikan dory celup tepung tempura homemade...sedap....rangup. Ringkas. Sosnya saya buat simple2 jer....ala2 sambal sabah atau lada cuma kali ni saya masakkan hingga mendidih. Selain tu saya masukkan sedikit tepung jagung dan sos chili thai sebagai pemekat sos.

Makan panas2....rangupppp.



TEPUNG TEMPURA

BAHAN-BAHAN:

1 cawan tepung gandum
3 sudu besar tepung ‘katakuriko’ atau tepung jagung
2 sudu besar air soda (saya guna 1 sk baking powder)
Garam
Sedikit serbuk lada sulah
¾ cawan air sejuk (ais)

CARA MEMBUAT:

 Campurkan kesemua bahan dalams ebuah mangkuk.
 Tuangkan air sedikit demi sedikit sehingga mendapat ketekalan yang diingini.
 Celupkan filet ikan atau sayur-sayuran pilihan dan goreng di dalam minyak panas dan goreng hingga keemasan.

*Sayur yang sesuai dibuat tempura adalah labu, asparagus, keledek, lobak merah dan bendi.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...