Monday, December 26, 2016

Best Big, Fat, Chewy Chocolate Chip Cookie


Biskut choc chip gergasi.....soft kukis...bskut lemau la kiranya ni.....hehehheh. Biskut ni kalau kat starbuck atau cafe2 xclusive tu mahal oooo. Seketul byk RM kena bayar.

Tu yang usaha jugak buat sendiri ikut resepi yang saya ubah suai dari Allrecipe.com. Separuh bawa ke rumah adik...separuh lagi untuk kudapan di rumah. Saya kurangkan gulanya dari resepi asal sebab saya guna milk choc bukannya dark. Rasanya sedap. Buat pun senang....sila cuba...


Best Big, Fat, Chewy Chocolate Chip Cookie @ ZLC

250 gm mentega (cairkan)
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 sk baking soda
1 1/2 cawan gula perang
2 biji telur (saya guna saiz A)
1 sk esen vanilla
1 cawan chip coklat
1 cawan kekacang pilihan yg telah dibakar  terlebih dahulu (pilihan)

Satukan telur, mentega cair, esen dan gula. Pukul hingga sebati selama 5 minit. Ayak tepung dan baking soda. Masukkan tepung ke dalam adunan mentega. Kaup balik hingga sebati menggunakan spatula/senduk. Masukkan chip coklat dan kekacang. Gaul rata. 

Sudukan adunan ke atas loyang yang dialas baking paper. 


Bakar di dalam ketuhar yg telah dipanaskan pada suhu 170 celcius selama 15 - 17 minit atau sehingga kelilingnya keperangan.


Sejukkan sebentar sebelum memindahkan biskut ke atas redai.


 Bila dah sejuk sepenuhnya boleh lah disimpan di dalam bekas kedap udara.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...