Tuesday, November 1, 2016

Kuih sopang (sepang) goreng


Kuih traditonal pilah @ N9 lagi. Kalini versi berbeza kuih sopang. Resepi yang di kongsi rakan Blogger Edazman's menarik minat saya untuk mencuba. Alhamdulillah. Sangat2 menarik dan memikat selera anak2 terutamanya.

Saya buat tanpa sukatan. main agak2 jer. Tapi saya sertakan resepi eda untu rujukan pengunjung. Saya guna pisang cavendish jer dan susu segar menggantikan santan.

Tak nak celoteh panjang2 jom tengok resepinya kuih hidangan minum petang saya hari ni.


Kuih sopang goreng

Bahan-bahannya:

3 biji pisang - ikutlah pisang apa2 pun ( dilenyek)
Santan pekat - guna setakat kita nak menguli (saya guna susu segar)
Tepung pulut - secukupnya ( ari tu eda guna dlm 1 1/2 cwn)
1 s/k garam
Inti kelapa - sila rujuk resepi kat kuih koci


Cara-caranya:
Campurkan pisang yg telah dilenyek bersama tepung pulut.Gaul sebati.
Kemudian masukkan santan sedikit demi sedikit.Jgn byk2, nantikan lembiklah..Bila dah jadi spt kita buat onde2 tu, stoplah dr menambah tepung dan santan tadi.
Jgn lupa buh garam masa mengaul ya!
Slps itu bulatkan kecil2 dan masukkan inti kelapa.Kemudian buat bentuk bujur.
Bila dah selesai proses membujur, goreng dgn api yg perlahan hingga keperangan. Kalau tak , hanguslah jadinya....Dan isi dlm pun tak masak....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...