Saturday, November 5, 2016

Gulai masam tempoyak


Saya orang perak....jadi sesekali selera perak tu datang menghantui diri ini.....hahhahaha...ayat macam drama la pulak. Tapi itulah hakikatnya. Gulai masam tempoyak ni memang faberet sejak kecik. Sekarang ni dah berjangkit kat anak2.

Ni kira menu sihat la...takde guna minyak yang harganya dah melambung2 tu.  Cuma masih la kena masak guna api walaupun harga gas memasak khabarnya bakal naik juga. Tapi apa pun jom kita memasak...ceria2kan hari anda.


Gulai masam tempoyak ZLC

4 ekor ikan mabung - cuci bersih dan belah 2
*3 biji cili masak + 6 biji cili padi (ikut citarasa)
*1 ketul kunyit hidup
4 sb tempoyak
Garam secukup rasa
Sayuran pilihan (bendi/timun tua/timun/tomato/kulit tembikai -bahagian putihnya)
Air secukupnya
Daun kesum/daun pepijat (kalau ada)

Tumbuk lumat *.
Satukan semua bahan kecuali garam ke dalam periuk. Masak hingga mendidih. Perisakan dengan garam secukup rasa. Tutup api. Dah siap...sonang yo.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...