Friday, October 7, 2016

Spaghetti goreng tuna


Sarapan pagi dan bekal anak2 ke sekolah. Ringkas tapi sedap. Tambah2 kalau menggunakan angle hair pasta. Anak2 suka angle hair ni sebab pasta dia lembut, saya suka sebab sekejap rebus dah lembut.

Kali ni buat tak letak capsicum atau parsley...sebab takde stok. Kalau letak espcially capsicum traffic light tu jadi lebih menyerlah hidangannya. Kalau kosong macam ni pun sedap jugak. Saya n family suka jer....😍😍😍


Fried tuna spaghetti

bahan2nya

1 paket spaghetti direbus dengan air yang diletak sedikit garam - toskan dan letakkan sedikit minyak zaiton atau minyak masak. Gaul rata dan ketepikan.
1 tin tuna dalam air garam - ditos airnya hingga kering
cili padi dihiris (jumlah ikut citarasa)
1 biji capsicum (potong kecil) - optional
1 cawan pasley segar cincang (chop) - optional
2 biji bawang holland cincang (dice)
1 labu bawang putih cincang (chop)
1 biji limau nipis perah airnya
Garam secukup rasa
Minyak + mentega

Panaskan minyak dan mentega. Tumis bawang dan bawang putih hingga keperangan. Masukkan cili padi dan tuna. Tumis lagi hingga sebati. Perahkan limau, kacau sebati dan masakkan seketika. Masukkan capsicum. Kacau lagi. Masukkan spaghetti, gaul rata. Masukkan pasley dan perisaka  dengan garam secukup rasa. Gaul rata dan tutup api.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...