Tuesday, October 4, 2016

Sambal tumbuk hidangan pembuka selera


Kisah dua bulan lepas, baru nak update kat sini. Kenduri aqiqah cucu kat puncak alam. Buatkan sambal tumbuk ni. Rare....jarang2 dah jumpa kata tetamu yang datang. Pastu diorang tanya.....orang jawa yer....sebab katanya orang jawa jer yang pandai buat sambal nih....

Ai orang perak tapi kawen dengan orang jawa...tu yang tau sebab hubby suka buatkan kat rumah. Saja nak kasi kelainan...2 kg bilis buat. Pastu lesung batu kat rumah kakak comel la sangat. Anak buah jadi mangsa menumbuknya. Blend tak sedap....wajib kena tumbuk dengan lesung batu....hahahahha. Jenuh diorang nak ikut standard iso mak sedara diorang yang satu ni dalam bab menyediakan makanan.

Tapi berbaloi.....tetamu teruja. Alhamdulillah.


Sambal tumbuk jawa

3 biji cili merah + cili padi secukupnya
1 biji bawang besar atau 5 biji bawang merah
1 mangkuk ikan bilis - basuh dan toskan

Goreng semua bahan. Mula2 goreng bilis dulu sampai garing - bila buih2nya dah kurang maknanya bilis dah cukup garing - angkat dan toskan. Lepas tu goreng pulak bawang dan cili sampai layu jer tak perlu sampai garing.(cili tu kena belah sikit kalau tak nanti meletup).Toskan dan tumbuk kedua2 bahan goreng tadi.

Pastu makan la dengan nasi panas dan ulam2 yang menyihatkan nih....perghhhhh berpoloh.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...