Monday, October 3, 2016

Orang panggil Brownies Kedut


Lepas kelas memasak sabtu lepas, saya buatkan brownies atas permintaan anak.  Lama dah tak buat katanya. Ikutkan macam penat tapi sebab anak minta buatkan la juga satu adunan.

Buat brownies ni tak la susah mana...bancuh dan bakar dalam sejam setengah dah siap. Bukannya kena pukul sampai gebu pun.....gaul dengan whisk atau senduk jer. Hiasan tu saya guna baki coklat celup pretzel jer.


CHOCOLATE BROWNIES KEDUT @ ZLC

400 gm coklat masakkan / coklat compound ~ Dark Chocolate
150 gm mentega
200 gm gula perang
4 biji telur ~ gred A
1 sudu kecil esen vanilla
100 gm tepung naik sendiri (saya guna tepung gandum campur 1 sk serbuk penaik)
30 gm serbuk koko

Cara2nya

Coklat masakan atau coklat compound, di potong kecil. Untuk dapatkan bronies yang enak sebaiknya guna coklat yang baik kualiti dan mutunya. Barulah rasa coklatnya lebih umph!

Satukan coklat dan mentega. Cairkan dengan kaedah double boiler. Gaul rata.

Dalam bekas yang lain pula, satukan gula kastor, gula perang, telur dan esen vanila. Gaul rata menggunakan wisk sahaja.

Satukan juga tepung naik sendiri dan serbuk koko. Kemudian di ayak. Untuk rasa brownies yang lebih enak, kualiti serbuk koko juga amat mempengaruhi rasa brownies. Pilihlah serbuk koko yang bermutu tinggi untuk hasil brownies yang lebih lazat.

Tuangkan adunan telur dan gula ke dalam adunan coklat dan ratakan.

Kemudian ayakkan tepung yang bercampur koko tadi ke dalam adunan. Jika dah ayak terlebih dahulu, masukkan sedikit-sedikit dalam adunan. Kemudian gaul rata.


Tuangkan adunan ke dalam loyang 10 x 10 inc yang telah di lapik kertas kek dan di oleskan juga dengan butter.

Bakar adunan dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 160 C selama 30 minit mengikut kepanasan suhu ketuhar masing-masing.


Bila dah masak, tutup oven. Biarkan kek dalam oven dengan pintu oven di renggangkan sedikit dan biarkan selama 15 minit.


Bila dah sejuk, bolehlah di potong serta diahias ikut citarasa dan sedia untuk di nikmati.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...