Wednesday, October 26, 2016

Megi goreng 100 bintang

Mee segara goreng...antara menu sarapan yang saya sediakan. Untuk menu ni anak kecik saya bagi 100 bintang. Hahaha. Kembang jap idung ummi bila juri2 dirumah nih bagi pujian melambung kat masakan chep atur nih... Menangis master chef dengar. Masak megi goreng pun boleh dapat 100 bintang.....fuyoooo. Hebat beb...hahahhaha.

Korang tak nak ke resepi 100 bintang ni.....jom cekidaut.


Megi goreng 100 bintang 😘😘😘

6 keping mee segera - celur lembut ikut arahan di pek. - tos dan lalukan sedikit kat air paip.

4 sb cili kering kisar
1 biji bawang besar - cincang
4 ulas bawang putih - cincang
4 sb cili sos
4 sb tomato sos
4 sb sos tiram
4 sb kicap
2 biji telur
15 ekor udang sederhana
Garam secukup rasa
Sayuran pilihan

Minyak secukupnya untuk menumis

Tumis bawang2 hingga naik bau. Masukkan cili dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan sos2 dan kicap. Kacau sebati. Masukkan udang dan telur. Tumiskan hingga udang masak. Masukkan mee serta sayuran pilihan. Gaul rata. Masakkan seketika hingga sos menyerap ke dalam mee. Perisakan dengan garam secukuo rasa dan gaul sebati.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...